Ahad, 12 Oktober 2014

Cara didik bayi dalam kandungan

  Adila       Ahad, 12 Oktober 2014

Tahukah anda bahawa proses mendidik anak sebenarnya bermula dari dalam kandungan lagi? Mengikut satu kajian, ketika mana kandungan sudah mencapai usia 5 bulan, pendengaran janin sudah cukup matang hinggakan mampu mendengar alunan bunyi dari luar Rahim. 

Disebabkan itu, ibu-ibu digalakkan untuk berinteraksi dengan anak yang sedang dikandung. Ibu bapa digalakkan memberi perhatian yang penuh kepada bakal bayi yang akan dilahirkan.

Didik bayi dari dalam kandungan lagi

Bagaimana ingin berinteraksi dengan janjin?


1. Berbicara dengan janin anda

Mulakan dengan salam perkenalan. Kepada yang beragama islam, ucaplah assalamualaikum kepada anak pada setiap pagi TANPA GAGAL. Kenalkan kepadanya ayah, kaka atau abang mereka melalui rakaman suara. Apabila bayi anda sudah dilahirkan kelak, ia akan mudah untuk mengenali suara ahli keluarga mereka dengan mudah. Gunakan Bahasa yang lembut dan baik ketika berinteraksi dengan bayi anda. Jangan sesekali memanggil dengan perkataan yang kurang enak didengar. Ini kerana jiwa anak-anak adalah lembut dan mudah terguris. Berilah kasih saying melalui panggilan kepada bayi anda. 

2. Perdengarkan cerita atau puisi

Ia adalah satu saranan yang bagi untuk meningkatkan kecerdasan emosi anak-anak. Sejak dari dalam kandungan lagi di galakkan memperdengarkan bacaan alunan ayat-ayat suci Al Quran atau kisah-kisah para nabi dan sahabat agar jati diri anak anda kuat dan bersemangat apabila dilahirkan. 

Cara didik anak dari dalam kandungan

Kaedah ini merupakan salah satu cara untuk mengasah kekuatan emosi dan empathy anak-anak. Mudah-mudahan anak yang bakal dilahirkan menjadi seorang hafiz atau hafizah.

3. Usap dan tepuk perut dengan lemah lembut

Ia bagi mendapatkan reaksi janin dan menenangkannya semasa berada di dalam perut. Hasil komunikasi yang berkesan melalui sentihan akan meningkatkan kasih dan saying anak-anak. Kata-kata yang anda ucapkan akan menjadi lebih bermakna dengan usapan dan belaian lembut pada perut. Hindarkan daripada berkata-kata perkara negative dan sesuatu yang tidak baik.

usaplah perut dengan kasih sayang

Ketahuilah ransangan luar akan dapat memaksimakan tumbesaran janin anda dan juga mempengaruhi jiwanya. Sekiranya ia diransang dengan kasih dan saying sejak berada dalam kandungan anak-anak akan menjadi lebih tenteram dan membesar dengan keriangan.

Nota : Panduan ebook lengkap ingin hamil dengan mudah menyediakan maklumat yang tepat mengenai tips ingin hamil sehingga kandungan dilahirkan. Mungkin panduan ini dapat membantu anda mengenali dan menyesuaikan diri dalam tempoh kehamilan.

Boleh dapatkan -- > Panduan lengkap Hamil dengan Mudah

logoblog

Thanks for reading Cara didik bayi dalam kandungan

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan