Rabu, 24 September 2014

Tips ingin hamil : Pemakanan pengaruhi Jantina Anak

  Adila       Rabu, 24 September 2014

Ketahuilah bahawa apa yang kita makan sebenarnya ia memberi pengaruh yang besar kepada sistem tubuh badan dan akhlak kita sendiri. Tetapi adakah anda tahu bahawa pemakanan sebenarnya juga merupakan faktor penting didalam mempengaruhi jantina anak anda. Itupun sekiranya anda berhasrat untuk merancang jantina anak.

Berdasarkan satu kajian Sains PH yang terdapat dalam makanan sebenarnya dapat menentukan kewujudan kromosom iaitu penentuan jantina anak yang di bawa oleh kaum lelaki. Sains juga telah menggariskan jenis makana yang perlu diambil sekiranya anda menginginkan jantina tertentu kepada anak anda. Walaupun begitu sebagai seorang muslim, kita seharusnya berserah kepada ketentuan rezeki yang telah Allah tetapkan.  Namun tidak salah untuk kita berusaha mendapatkannya. 

Comelkan kalau dapat anak macam ni
Bagaimana merancang hamil anak lelaki?

Sekiranya anda mengidamkan untuk memperolehi zuriat seorang anak lelaki yang sihat, anda harus memilih makanan yang bersifat alkali dan mengandungi sodium serta kandungan potassium yang tinggi. Makanan yang mengandungi kadar PH alkali yang tinggi adalah daripada sumber sayuran dan buah-buahan,kekacang dan ramuan yang pedas. Bagaimana anda mahu dapatkannya?

Antara sumber makanan yang boleh anda perolehi adalah daripada bayam, kentang, Kekacang, bawang putih, cendawan, lada hitam, buah apricot kering, Avocado, buah pisang, Kurma,kismis, buah tembikai, epal, lobak merah, tembikai susu strawberi dan pelbagai lagi. 

Anda boleh lakukannya dengan membuat Jus segar. Dengan mengambil jus segar setiap hari sebenarnya dapat meningkatkan kesuburan anda sebagai seorang lelaki sejati. Elakkan memakan makanan yang mempunyai kadar asid yang tinggi seperti air bergas, makanan ringan, perasa makanan dan lain-lain.

Harus anda fahami, walaupun terdapat sebilangan makanan seperti buahan sitrus yang mempunyai lebihan asid namun sebenarnya ia meninggalkan kesan alkali selepas di proses dalam badan seperti buah lemon. Sebaiknya amalkan memakan daging 4 kali sebulan dan elakkan daripada tidak memakan daging dalam tempoh 40 hari kerana ia akan melemahkan sistem badan. 

Bagaimana merancang hamil anak perempuan?

Kalau nak dapat anak perempuan anda harus memilih makanan yang mempunyai kadar PH asid yang rendah sodium dan potassium. Ini kerana manusia memerlukan persekitaran yang bersifat alkali untuk mewujudkan kromosom Y (Lelaki). Untuk nak dapat anak perempuan pilihlah makanan yang bertentang sifat dengan alkali tujuannya adalah untuk membunuh sperma Y. 

Makana yang dapat meninggalkan sisa asid dalam badan kita adalah dari sumber makanan yang berasas daging, ikan. Telur dan bijirin.

Makanan yang bersifat asid akan bantu dapat anak perempuan

Daripada mana mahu dapatkannya?

Antara sumber yang boleh anda perolehi adalah daripada buah jagung, blueberi, buah prune, plum, sumber bijirin seperti kraker, nasi, roti, oat, macaroni, tepung, sayuran seperti zaitun. Produk tenusu, yogurt, ikan salmon, daging merah dan makanan laut. 

Banyakkan..

Untuk dapatkan info yang lebih jelas mengenai Tips nak dapat anak lelaki anda boleh mendapatkan panduan lengkap tips mudah hamil. Banyak cara dan teknik yang lebih terperinci di jelaskan dalam panduan ini. 

Untung-untung tahun ini anda akan dapat anak kembar.. 

Anda boleh dapatkan disini >> PANDUAN MUDAH HAMIL

logoblog

Thanks for reading Tips ingin hamil : Pemakanan pengaruhi Jantina Anak

Previous
« Prev Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan